Monday, 17 August 2009

Biarkan Aku Menangis

Kelmarin kau masih bersamaku

Bercumbu dan merayu..

Adakah hari esok untuk kita bercinta

Seperti yang telah kita lewati..



Mengapa terlalu cepat kau pergi

Tinggalkan batu nisan..

Kenyataan ini terlalu memilukan

Inginku rasa turut serta...



Tiada guna aku hidup begini

Tanpa belaian kekasih yang sangat ku sayangi

Kepedihan yang kini ku rasakan

Darimu yang mencintai aku



Biarlah ku relakan kau pergi

Tinggalkan derita bersamaku

Ku doakan kau bahagia di sisinya

Sementara biarkan aku menangis....

Sunday, 16 August 2009

Cinta yang terhumban

Tertusuk duri dalam hati

Itu yang kau tinggalkan

Setelah jauh berjalan jatuh

Akhirnya aku yang tersungkur


Sesuatu yang didatangkan

Tak pernah berkekalan

Rasakan diri bagai bermimpi

Tersedar pagi hari

Engkau telah pergi


Siang makin tua, malam makin hiba

Surat-surat cinta kuulang membaca

Selendang putihmu dalam genggamanku

Lambang kesucian cinta yang terhumban


Bara yang kugenggam di tangan

Perit makan di dalam

Yang dikatakan kemanusiaan

Terhapus oleh kebendaan


Mengapa ada pertemuan

Jalinan kemesraan

Di saat aku mengharapkan mu

Sanggup kau memutuskan sebuah ikatan

Kali pertama melayarkan kata-kata...

Mungkin ini adalah satu permulaan bagi anda semua
Diri sendiri pun tidak tahu bagaimana mahu memulakannya
Tapi atas sokongan dan bantuan dari semua
Mungkinkah ini pentas ejakulasi yang pertama??

sebenarnya aku dah lame memerlukan sebuah medium untuk menulis
untuk mengosongkan ruang minda yang sentiasa keras dengan sesuatu
tapi masa itu juga aku tak berape berminat ingin membuat pentas ini
kerana aku rase macam semua orang ada dan nanti siapa yang akan baca
nanti macam tiada makna sahaja untuk aku buat pentas ni
orang sekarang memang banyak yang membuat blog tapi aku pun tak tahu ape punca
setelah lama memerhati dan melihat kawan-kawan mengekspresi diri
aku berpendapat pentas seperti ini perlu ada untuk berkongsi luahan rasa dan intipati diri masing-masing...

aku tak nak orang rase pentas ni sekadar ruang yang tiada punca dan "mengel" semata-mata
aku juga taknak menjadi orang yang trying very hard to write someting extraordinary tapi sebenarnya macam tin kosong je...
aku rasa sesuatu yang dekat dengan hati dan dan penulisan yang ikhlas adalah yang terbaik sekali
jadi ini sebenarnya adalah sebuah perkongsian nukilan intrepertasi diri aku pada semua...

so terima kasih aku pada semua yang encourage aku dalam kelahiran pentas baru ini
terutama pada mereka yang ber"skype" dengan aku pada malam 16 ogos 2009 dan abul yang comment dalam fb aku
tribute to all
dan aku juga bukan seorang yang bergelar amish lagi....
hehehehehe

segala kekurangan amat dikesali
janganlah dikeji kerana tak mengerti
harap bantuan membetulkan diri
dalam menghasilkan sebuah nukilan tulisan entrepertasi diri

semoga anda semua akan menikmati sebuah "Pentas ejakulasi Pemikiran"